このページの本文へ移動

植物防疫所

メニュー

Tentang Sistem Kuarantin Tumbuhan

 Di Stesen Perlindungan Tumbuhan, "pemeriksaan import" untuk mencegah kemasukan perosak dari luar negara ke Jepun, dan dengan tujuan yang sama,  "pemeriksaan eksport" yang memenuhi syarat-syarat kuarantin tumbuhan yang diperlukan dari negara rakan kongsi eksport dilakukan.
 Jika anda membawa masuk tumbuhan dari luar negara, atau membawanya ke luar negara,  anda dikehendaki menjalani kuarantin tumbuhan.

 Peraturan Bagi Kes Membawa Masuk Tumbuhan Dari Luar Negara Ke Jepun

  Jika anda membawa tumbuhan dari luar negara ke Jepun, seperti melalui kargo, bagasi dan mel, untuk mencegah perosak yang melekat pada tumbuhan daripada memasuki Jepun, anda dikehendaki melalui pemeriksaan import bagi semua tumbuhan tanpa mengambil kira jumlah dan kegunaannya.

 Kami menentukan pengelasan kawalan bergantung kepada gabungan negara di mana perosak terhasil, dan tumbuh-tumbuhan yang kemungkinan perosak boleh melekat, dan mencegah kemasukan perosak. Pengelasan kawalan adalah seperti berikut.

 

 Barangan yang dilarang import (Barangan larangan import)

 Import adalah dilarang untuk tumbuh-tumbuhan yang mana kerosakan serius terhadap produk pertanian dan lain-lain dijangkakan apabila dibolosi, dan pada masa yang sama, perosak boleh melekat apabila diimport dari negara atau rantau di mana pemeriksaan yang betul adalah sukar dijalankan.

 Walau bagaimanapun, bagi item berikut, pengimportan dari semua negara dan kawasan adalah dilarang: 

  • Tanah
  • Tumbuhan yang bersama tanah
  • Perosak kuarantin yang merosakkan tumbuhan
  • Jerami padi dan sekam padi (tidak termasuk Semenanjung Korea dan Taiwan)

 Di samping itu, antara buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain, terdapat barangan yang dilarang import bergantung pada negara pengeluar, negara atau rantau pengeksport (barangan larangan import). Periksa di "Pangkalan Data Berkaitan Syarat-syarat Pengimportan(Inggeris)"!

Sila rujuk risalah yang menyiarkan barangan larangan import yang utama.

 

 

Barangan yang perlu pemeriksaan import

  Tumbuh-tumbuhan berikut yang tidak berkenaan dengan barangan larangan import, pemeriksaan pada masa pengimportan diperlukan. Antaranya, terdapat juga tumbuhan yang memerlukan pemeriksaan dan tindakan kuarantin khas terlebih dahulu di negara atau rantau pengeksport.

 Peraturan import adalah berbeza bagi setiap jenis tumbuhan dan negara pengeluar, negara atau rantau pengeksport. Periksa item utama di "Pangkalan Data Berkaitan Syarat-syarat Pengimportan(Inggeris)"!

 

Contoh jenis-jenis tumbuhan yang memerlukan pemeriksaan import:

  • Anak pokok, bebawang, benih
  • Bunga
  • Sayur-sayuran, buah-buahan
  • Bijirin, kekacang
  • Kayu
  • Bahan mentah rempah ratus, bahan mentah ubat tradisional Cina dll     

search here

検索ボタン search button

検索キャラクター図

 

Barangan yang tidak perlu pemeriksaan import

 Pemeriksaan import tidak perlu bagi produk-produk yang diproses daripada bahan mentah tumbuh-tumbuhan, tiada perosak melekat atau tiada kemungkinan ianya masih hidup.
 Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Stesen Perlindungan Tumbuhan.

 

Prosedur apabila mengimport tumbuhan dari luar negara (jika anda membawa masuk tumbuhan melalui bagasi)

 Walaupun bagi item yang dibeli di kedai bebas cukai, atau sedikit cenderamata, pemeriksaan import adalah perlu untuk memastikan tiada perosak yang melekat pada semua tumbuhan.
 Sila jalani pemeriksaan import di Kaunter Kuarantin Tumbuhan sebelum pemeriksaan kastam.

Pemeriksaan Imigresen  → Pemeriksaan Tumbuhan Import (Kaunter Kuarantin Tumbuhan) → Pemeriksaan Kastam 

 Sila kemukakan perakuan pemeriksaan yang dikeluarkan oleh institusi kawalan epidemik tumbuhan negara pengeksport (dikenali sebagai "sijil fitosanitasi" atau phytosanitary certificate dan mungkin dikeluarkan dalam bentuk tag) kepada pegawai perlindungan tumbuhan di Kaunter Kuarantin Tumbuhan.
 
  Jika lulus pemeriksaan import, anda akan menerima cop "Lulus Pemeriksaan Tumbuhan". Bagi tumbuhan yang tidak mempunyai cop ini, ia tidak layak untuk melalui pemeriksaan kastam.

 Oleh kerana terdapat tumbuh-tumbuhan yang tidak memerlukan perakuan pemeriksaan, sila hubungi Stesen Perlindungan Tumbuhan untuk maklumat lanjut.

 Sesiapa yang membawa masuk tumbuhan ke Jepun tanpa terlebih dahulu melalui pemeriksaan boleh dihukum mengikut Akta Perlindungan Tumbuhan.

 

 Untuk Pertanyaan Soalan Lazim

Q1 : Berapa lama masa untuk pemeriksaan import?
Dan adakah apa-apa bayaran?
A1: Walaupun ia bergantung kepada jenis tumbuhan dan kuantiti, kebanyakan pemeriksaan hanya mengambil masa yang singkat.
Di samping itu, tiada apa-apa bayaran diperlukan.

Q2: Apakah yang diperlukan sekiranya tumbuhan diimport sebagai bagasi berasingan?
A2: Jika boleh, sila dapatkan ejen kastam (wakil syarikat pemindahan luar negara) untuk mengemukakan "perakuan pemeriksaan (dikenali sebagai sijil fitosanitasi atau phytosanitary certificate)" yang dikeluarkan oleh institusi kawalan epidemik tumbuhan negara atau rantau pengeksport ke Stesen Perlindungan Tumbuhan pada masa pemeriksaan untuk bagasi berasingan (konsaimen).

Q3: Apakah terdapat langkah-langkah berjaga semasa membawa masuk tumbuhan ke Jepun melalui mel antarabangsa dan perkhidmatan kurier antarabangsa?
A3: Dalam usaha untuk memastikan pemeriksaan import mel telah dilakukan, sila pastikan ejen perkapalan mengisi Borang Akuan (Declaration Form) yang disertakan pada mel antarabangsa dan lain-lain, dan jelas menunjukkan kandungannya pada bahagian luar bungkusan (contoh label:PLANT "Mengandungi tumbuhan").
Di samping itu, sila ambil perhatian bahawa mengimport tumbuhan dengan menghantarnya menerusi mel selain daripada bungkusan pos / pakej kecil, atau dalam surat peribadi, adalah dilarang di bawah Akta Perlindungan Tumbuhan.
 Perkhidmatan kurier antarabangsa dianggap sebagai kargo udara. Oleh kerana terdapat syarikat kurier antarabangsa yang enggan membawa tumbuhan yang memerlukan pemeriksaan import, kami cadangkan anda menyemak terlebih dahulu maklumat mengenai syarikat kurier melalui laman web mereka atau lain-lain.

Q4 : Adakah perlu untuk mendapatkan "Permit Import" yang dikeluarkan oleh Stesen Perlindungan Tumbuhan Jepun sebelum mengimportnya?
A4 : Di pelbagai negara luar, ada yang mengguna pakai peraturan import yang mewajibkan anda untuk memperoleh "Permit Import" yang dikeluarkan oleh institusi kuarantin tumbuhan negara pengimport terlebih dahulu. Bagi sistem kuarantin tumbuhan di Jepun, oleh kerana ia tidak mengguna pakai peraturan permit import ini, anda tidak perlu untuk mendapatkan "Permit Import" terlebih dahulu.

Untuk pertanyaan berkaitan halaman ini (Inngeris)