このページの本文へ移動

植物防疫所

メニュー

Tentang Sistem Kuarantin Tumbuhan  

 Di Stesen Perlindungan Tumbuhan, "pemeriksaan import" untuk mencegah kemasukan perosak dari luar negara ke Jepun, dan dengan tujuan yang sama,  "pemeriksaan eksport" yang memenuhi syarat-syarat kuarantin tumbuhan yang diperlukan dari negara rakan kongsi eksport dilakukan.

 Jika anda membawa masuk tumbuhan dari luar negara, atau membawanya ke luar negara,  anda dikehendaki menjalani kuarantin tumbuhan.

Peraturan Bagi Kes Membawa Keluar Tumbuh-tumbuhan Dari Jepun Ke Luar Negara

 Apabila membawa keluar tumbuhan dari Jepun ke luar negara, seperti buah-buahan, sayur-sayuran, anda perlu mematuhi peraturan-peraturan (syarat-syarat kuarantin negara rakan kongsi eksport) negara atau rantau destinasi untuk dibawa keluar.

 Bergantung kepada jenis tumbuhan dan negara/rantau rakan kongsi eksport, anda dilarang untuk membawa masuk, dan memerlukan pemeriksaan eksport di Stesen Perlindungan Tumbuhan.

 

Prosedur apabila membawa keluar tumbuhan dari Jepun ke luar negara (jika anda membawa keluar tumbuhan melalui bagasi)

 

Pengesahan Syarat-syarat Kuarantin Bagi Negara Rakan Kongsi Eksport → Pemeriksaan Tumbuhan Eksport →  Prosedur Menaiki Pengangkutan → Prosedur Kastam → Pemeriksaan Untuk Berlepas

 

Sekiranya pemeriksaan eksport di Jepun adalah perlu di bawah syarat-syarat kuarantin negara rakan kongsi eksport, sila jalani pemeriksaan eksport di Stesen Perlindungan Tumbuhan atau di Kaunter Kuarantin Eksport yang terletak  di lapangan terbang utama sebelum prosedur untuk berlepas. (Tempat pertanyaan pemeriksaan eksport) 

Tiada bayaran dikenakan untuk pemeriksaan tumbuhan eksport dan mendapatkan sijil fitosanitasi.

 

Lapangan Terbang Di Mana Terletak Kaunter Kuarantin Eksport

 Kaunter Kuarantin Eksport yang terletak di dalam lapangan terbang yang berikut boleh menerima pemeriksaan bagi tumbuhan eksport.

Lapangan Terbang Shin-Chitose(PDF:204KB) Bilik Pameran CIQ, Tingkat 3 Bangunan Terminal Penumpang Antarabangsa

Lapangan Terbang Haneda(PDF:193KB) Berdekatan kaunter masuk "L", Tingkat 3 Terminal Penumpang Antarabangsa

Lapangan Terbang Narita(PDF:196KB) Sayap Utara Tingkat 4 Terminal Penumpang 1, Kaunter No.32 Kelompok Utara Tingkat 3 Bangunan Terminal Penumpang 2

Lapangan Terbang Kansai(PDF:384KB) Berdekatan Pintu Berlepas Utara Tingkat 4 Bangunan Terminal 1

Lapangan Terbang Fukuoka(PDF:261KB) Berdepan kaunter masuk "M" bahagian selatan, Tingkat 3 Bangunan Terminal Antarabangsa

 

 

 Syarat-syarat Kuarantin Negara Rakan Kongsi Eksport

 Untuk mengeksport tumbuhan yang tipikal (seperti buah-buahan dan sayur-sayuran) sebagai kargo dan mel, atau dibawa keluar sebagai barangan bimbit (bagasi), syarat-syarat kuarantin yang diperlukan dari negara atau rantau rakan kongsi eksport adalah disiarkan.

 

Carta Syarat-syarat Eksport (Kargo)  (Inggeris)

Carta Syarat-syarat Eksport (Mel)  (Inggeris)

Carta Syarat-syarat Eksport (Barangan Bimbit)  (Inggeris)

* Perhatian Semasa Penggunaan

 Walaupun segala usaha untuk memastikan ketepatan maklumat yang disiarkan, peraturan kuarantin asal pelbagai negara mungkin tertakluk kepada perubahan, dan  berbeza daripada kandungan yang sebenar.

 Dalam pengeksportan yang sebenar, kami mengesyorkan anda memastikan syarat-syarat penerimaan terbaru negara rakan kongsi melalui orang yang terlibat bagi pihak penerima tempatan kepada pihak berkuasa pertanian atau pihak berkuasa kuarantin tumbuhan negara pengimport, atau membuat pengesahan dengan kedutaan negara yang berkenaan di Jepun. Di samping itu, syarat-syarat kuarantin yang disenaraikan di sini adalah keperluan semasa langkah-langkah kuarantin di setiap negara, dan walaupun import dibenarkan di sini, ia mungkin terhad bergantung kepada Perjanjian Washington dan undang-undang serta peraturan lain di setiap negara masing-masing.

 

 Untuk barangan yang tidak disenaraikan di dalam carta di atas, dan syarat-syarat kuarantin negara atau rantau rakan kongsi eksport, sila hubungi Stesen Perlindungan Tumbuhan, atau hubungi institusi kuarantin tumbuhan negara atau rantau rakan kongsi eksport dan kedutaan mereka di Jepun.

 

 

Borang Permohonan Untuk Pemeriksaan Eksport Tumbuh-tumbuhan dan lain-lain

 Apabila menjalani pemeriksaan eksport, anda perlu mengemukakan borang permohonan untuk pemeriksaan eksport (termasuk barangan yang dinyatakan dalam sijil fitosanitasi).

 Untuk sijil fitosanitasi ditulis dalam bahasa Inggeris, sila isikan "Borang Permohonan Pemeriksaan Eksport" dalam bahasa Inggeris.

 Kandungan diskripsi adalah seperti berikut. Format boleh dimuat turun dari sini(Word:96KB)

Alamat pemohon (Address of Applicant)

 

Nama pemohon (Name of Applicant)

 

Tarikh permohonan (Masihi) (Date (Western calendar))

 

Nama kapal (pesawat) muatan (Name of vessel/flight)

Jika ianya barangan bimbit, sila isikan <HAND BAGGAGE>.

Simbol dan Nombor (Marks and number)

Jika tiada simbol untuk membezakan bungkusan, sila isikan <NONE>.

Tarikah jadual muatan  (Date of departure)

Sila isikan tarikh jadual untuk memuatkan barangan ke dalam pesawat atau kapal.

Nama pelabuhan muatan (Port of departure)

Sila isikan nama lapangan terbang atau pelabuhan untuk memuatkan barangan ke dalam pesawat atau kapal.

Nama pelabuhan pendaratan (Point of entry)

Sila isikan nama lapangan terbang/pelabuhan untuk pendaratan di negara lain.

Nama negara import (Importing country)

Sila isikan nama negara rakan eksport.

Nama dan alamat pengirim (Name and address of exporter)

Sila isikan nama dan alamat pengirim.

Nama dan alamat penerima (Name and address of consignee)

Sila isikan nama dan alamat penerima.

Nombor permit import kerajaan negara pengimport (Import permit number)

Jika tiada nombor, anda tidak perlu isikannya.

Jenis dan nama (Name of plant or plant products)

Sila isikan jenis tumbuhan untuk dieksport dengan nama dalam bahasa Inggeris.

Nama saintifik (Scientific name)

Ia adalah nama yang seragam di seluruh dunia diberikan kepada organisma.

Bilangan bungkusan (Number of packages)

Sila isikan bilangan bungkusan tumbuhan untuk dieksport dan unitnya.

Kuantiti (Quantity)

Sila isikan kuantiti tumbuhan untuk dieksport dan unitnya.

Tempat penghasilan (Place of origin)

Sila isikan nama tempat penghasilan tumbuhan untuk dieksport.

 

 

 Untuk Pertanyaan Soalan Lazim

Q1: Bolehkah saya menghantar tumbuh-tumbuhan ke luar negara melalui mel antarabangsa atau perkhidmatan kurier antarabangsa? 
A1: Jika anda menghantar tumbuh-tumbuhan dari Jepun ke luar negara, sila hubungi Stesen Perlindungan Tumbuhan terlebih dahulu untuk memastikan negara atau rantau rakan kongsi mempunyai peraturannya. Sekiranya pemeriksaan eksport adalah perlu, sila jalani pemeriksaan di Stesen Perlindungan Tumbuhan. Di samping itu, oleh kerana terdapat syarikat kurier antarabangsa yang tidak mengendalikan pengangkutan untuk jenis-jenis tumbuhan yang memerlukan pemeriksaan, kami mengesyorkan anda memeriksa laman web syarikat kurier antarabangsa terlebih dahulu.

 

Q2: Apakah yang perlu saya lakukan untuk membawa bunga dan buah-buahan semasa melancong ke luar negara?
A2: Sesetengah barangan boleh dibawa keluar jika menjalani pemeriksaan eksport, tetapi terdapat juga barangan yang dilarang pengimportannya oleh negara atau rantau rakan kongsi, atau barangan yang  memerlukan permit negara atau rantau rakan kongsi terlebih dahulu, dan lain-lain. Oleh kerana anda perlu memeriksa syarat-syarat kuarantin negara atau rantau rakan kongsi, kami mengesyorkan anda membuat pertanyaan ke Stesen Perlindungan Tumbuhan yang terdekat, atau membuat pertanyaan ke institusi kuarantin tumbuhan negara atau rantau rakan kongsi atau kedutaan mereka di Jepun terlebih dahulu.

 
Q3: Dimanakah saya boleh menerima pemeriksaan eksport?
A3: Pemeriksaan eksport boleh diterima di Stesen Perlindungan Tumbuhan sebelum atau pada hari berlepas. Sila membuat temu janji untuk pemeriksaan terlebih dahulu. Di samping itu, jika anda membawa keluar tumbuh-tumbuhan bersama anda, dan menerima pemeriksaan di Stesen Perlindungan Tumbuhan, oleh kerana anda mungkin mengambil masa untuk pemeriksaan tersebut, sila datang awal dan beri masa yang mencukupi.

Bergantung kepada syarat-syarat kuarantin negara atau rantau rakan kongsi (seperti kes pemeriksaan eksport khas yang memerlukan beberapa tahun, kes di mana pengimportan adalah dilarang), kami mungkin tidak dapat menerima permohonan pemeriksaan eksport. Oleh kerana ia adalah perlu untuk mengesahkan syarat-syarat kuarantin negara atau rantau rakan kongsi, kami mengesyorkan anda bertanya kepada Stesen Perlindungan Tumbuhan yang terdekat atau yang dijadualkan menerima pemeriksaan terlebih dahulu, atau bertanya kepada institusi kuarantin tumbuhan negara atau rantau rakan kongsi dan kedutaan mereka di Jepun.

  
Q4: Bagaimanakah pemeriksaan eksport dilakukan?
A4: Pertama sekali, ia akan diperiksa sama ada bukan barangan larangan import di negara atau rantau rakan kongsi, atau sama ada pemeriksaan khas telah diminta dari negara atau rantau rakan kongsi. Selaras dengan permintaan kuarantin negara atau rantau rakan kongsi, pelbagai pemeriksaan akan dijalankan mengenai sama ada terdapat pelekatan perosak untuk dikuarantin dan kehadiran parasit. Tumbuh-tumbuhan yang memerlukan pemeriksaan tapak penanaman atau syarat-syarat kuarantin khas mungkin memerlukan tempoh masa yang panjang untuk pemeriksaan.

 

Q5: Berapa lamakah masa diambil untuk pemeriksaan eksport?
A5: Masa yang diperlukan berbeza bergantung kepada destinasi eksport dan barangan, tetapi ia mengambil masa kira-kira 30 minit hingga 1 jam apabila anda menerima pemeriksaan di Stesen Perlindungan Tumbuhan lapangan terbang pada hari berlepas. Di samping itu, anda juga boleh menerima pemeriksaan di Stesen Perlindungan Tumbuhan yang terdekat sebelum tarikh berlepas. Bagi mereka yang ingin pemeriksaan, sila buat temu janji untuk pemeriksaan ke Stesen Perlindungan Tumbuhan yang dijadual menjalani pemeriksaan terlebih dahulu, dan sila datang awal dan beri masa yang mencukupi.

 

Q6: Adakah bayaran dikenakan untuk pemeriksaan eksport?
A6: Tiada bayaran dikenakan untuk pemeriksaan dan memperoleh sijil fitosanitasi.

 

Untuk pertanyaan berkaitan halaman ini  (Inggeris)

 


Adobe Readerのダウンロードページへ

PDF形式のファイルをご覧いただく場合には、Adobe Readerが必要です。Adobe Readerをお持ちでない方は、バナーのリンク先からダウンロードしてください。