Untuk Pertanyaan Soalan Lazim
Q2 | : | Di mana boleh mendapatkan pemeriksaan eksport? |
A | : | Pemeriksaan eksport boleh dilakukan di stesen perlindungan tumbuhan di seluruh negara sebelum atau pada hari keberangkatan. Sila buat temu janji terlebih dahulu dengan stesen perlindungan tumbuhan untuk pemeriksaan.Dalam beberapa kes bergantung kepada syarat kuarantin negara destinasi (sekiranya, terdapat larangan import atau pemeriksaan eksport khas seperti tapak pembiakan diperlukan, jika import dilarang, atau permit import diperlukan terlebih dahulu atau permit import tidak diperolehi), kami mungkin tidak dapat menerima permohonan pemeriksaan eksport. Sila hubungi stesen perlindungan tumbuhan, institusi kuarantin tumbuhan negara destinasi atau pihak kedutaan di Jepun terlebih dahulu untuk mengetahui syarat-syarat kuarantin negara destinasi. Laman Web Kementerian Luar Negara: https://www.mofa.go.jp/about/emb_cons/protocol/index.html Stesen Perlindungan Tumbuhan: https://www.maff.go.jp/pps/j/introduction/malay_exp.html#chart |
Q5 | : | Adakah bayaran proses diperlukan untuk pemeriksaan eksport? |
A | : | Tidak diperlukan di Jepun. |
Q10 | : | Bagaimana cara menghantar benih atau biji tumbuh-tumbuhan kepada kenalan di luar negara? |
A | : | Bergantung pada negara destinasi atau jenis tumbuh-tumbuhan yang akan dikirim, ada barang yang dilarang import, ada yang memerlukan permit import negara destinasi terlebih dahulu, dan ada yang memerlukan pemeriksaan di tapak pembiakan. Juga, kerana ada banyak negara melarang mengimport tanah, maka adalah sukar untuk mengirim anak benih yang masik melekat dengan tanah. Mengenai syarat-syarat kuarantin, sila hubungi stesen perlindungan tumbuhan terdekat, atau menghubungi institusi kuarantin tumbuhan negara destinasi atau kedutaan di Jepun terlebih dahulu.Anda juga boleh memeriksa syarat-syarat kuarantin di “Maklumat carian ringkas untuk pelancong” atau “Maklumat terperinci syarat-syarat import eksport”. Selain itu, ada juga had untuk membawa item berdaftar yang dilindungi oleh Undang-undang Biji Benih ke negara asing. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan. http://www.hinshu2.maff.go.jp/en/en_top.html |
Q15 | : | Adakah pemeriksaan diperlukan sekiranya mengeksport benih pokok kaktus atau anggerik? |
A | : | Sila hubungi stesen perlindungan tumbuhan terdekat, institusi kuarantin tumbuhan negara destinasi atau pihak kedutaan di Jepun kerana setiap negara destinasi adalah berbeza.Selain itu, terdapat kaktus, anggerik, dan lain-lain yang dikenakan sekatan import oleh CITES. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri. https://www.meti.go.jp/english/policy/external_economy/CITES/about_cites.html |
Q17 | : | Adakah peraturan lain selain dari kuarantin tumbuh-tumbuhan semasa mengeksport tumbuh-tumbuhan ke luar negara? |
A | : | Contohnya, terdapat peraturan-peraturan berikut. Mengenai jenis tumbuh-tumbuhan baru dan hak pembiakTerdapat larangan untuk membawa item berdaftar yang dilindungi oleh Undang-undang Biji Benih ke negara asing. → http://www.hinshu2.maff.go.jp/en/en_top.html Mengenai kemalangan Loji Tenaga Nuklear Fukushima Pertama, TEPCOBeberapa negara mempunyai peraturan mengenai bahan radioaktif. → https://www.maff.go.jp/e/export/reference.html Mengenai CITES (Washington Convention)Perdagangan beberapa tumbuhan diatur oleh Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesis Liar dan Tumbuhan yang Terancam (Washington Convention). → https://www.meti.go.jp/english/policy/external_economy/CITES/about_cites.html |